About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Thursday, September 30, 2010

Buttered Bread Pudding

Lamanya x membelog... xda mood la..streamyx d rumah ne buat hal memanjang.. putus2 ja line skrg ne.. kang ku putus kan riwayat streamyx ne bru tau.. nnt amik broadband Digi ka Maxis ka... haaaa bru TM tau... eseseh marah kono..


Syawal dah sampai ke penghujung nya..
Jabatan mdm. rasanya cam hari2 ada open hse.. kmarin open hse kementerian.. sok plak turn bhgn mdm as well as cash section. Next week plak our mbj plak open hse... nampak gayanya mdm kna gi jogging hari2 pas syawal ne..


Biarpun mdm malas posting entri xbermakna mdm mls jnguk rakan2 blogger yg lain..
hari2 baca blog org.. specially bab mknan.. hahahhah


Memandangkan sok section kitorg open hse.. mdm buat Butter & Bread Pudding.. Hsil dr blog walking d Blog Rima.. Dalam diam2 mdm baca n khatam blog Rima dlm dua hari... best blog nya.. sila la jenguk.. Utk resepi ble la tgok sendiri kat blog Rima yek..


Mdm bubuh cube ceri n kismis atas puding roti ne..



Ubah skit daripada resepi asal.. xda apple dlm fridge.. canned peach pun jadik la..

Monday, September 6, 2010

2 Days Before Syawal

Syawal is coming...
x lama lagi me n Mr.Hubby berangkat balik ke Sandakan.. Since this is my 1st time celebrating Eid far away from my family... sedih pulak.. tambahan pula lily akan fly ke Cairo on the 14th n we we'll be back from Sandakan on the 13th.. cuma ada setengah hari utk spend time together.. huhuhu sedih...
Hari ne utk iftar i cooked Nasi Briyani with Ayam Goreng Tepung simple2.. Kononnya mo ajar c lily mcmn mo masak briyani supaya nnt dia smpai d egypt x la dia ketandusan ilmu utk memasak.. My Briyani ne sgt la simple (padahal briyani emergency a.k.a x cukup bahan).

Bahan-Bahan utk ayam goreng:-
Ayam yang telah dipotong secukupnya
Air utk merebus ayam
Sebiji bawang besar dihiris halus
1 batang serai & 3 inci halia diketuk
2 batang Kayu manis, 7 biji cengkih, 3biji bunga lawang, 7 biji buah pelaga

-Rebus ayam bersama bahan-bahan di atas hingga empuk dan dalam masa yg sama stok ayam dapat dihasilkan. Setelah ayam empuk toskan ayam.
- Campur ayam + tepung ayam goreng adabi = goreng hingga kekuningan.

Bahan-Bahan utk nasi briyani:-
4 pot kecik beras basmathi (kalau xda beras wangi pun ok) yang telah dicuci bersih - Cukup utk my family yg ada 6 org
3 pot(pot yg sama dgn ukuran beras tadi) air rebusan ayam
1 pot susu cair
4 sudu makan serbuk briyani adabi (cairkan bersama air rebusan)
ghee/minyak sapi 2 sudu makan (butter pun boleh)
2 batang kayu manis, 4 biji cengkih, 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 7biji lada hitam
1 biji bawang besar dihiris halus, 3 inci halia diketuk
garam secukup rasa, sedikit pewarna merah dan hijau
2 sudu teh rose water / 4 helai daun pandan

-Panaskan ghee/butter hingga cair + rempah biji + bawang besar + halia = keluar bau.
- Masukkan serbuk briyani dan tumis hingga keluar minyak + 3 pot rebusan ayam = kacau sebati dan turn off gas.
- Masukkan rempah yang telah ditumis ke dalam rice cooker + beras yang telah dicuci + 1 pot susu cair + garam= kacau sebati + rose water (kalau xda ble ganti dn daun pandan). On rice cooker dan biarkan hingga masak.
-Setelah nasi masak titikkan sedikit pewarna merah dan kacau dan titikkan pula pewarna hijau dan kacau lagi.. Nasi Briyani bolehlah dihidang...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails