About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Friday, August 27, 2010

Sebagai Peringatan Kepada Semua


Wallahualam..
Hanya Allah yang lebih mengetahui namun tidak salah jika Mdm.Tale nak berkongsi dengan semua sebagai peringatan bahawa kita adalah umat akhir zaman..

15hb Ogos 2012 (bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat), tarikh malapetaka dunia paling bersejarah.

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadandi bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui..

Cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Tuesday, August 24, 2010

Iftar Ke-14 : Kuey Teow Basah & Sardine Roll

Hari ni macam malas mo masak nasi berlauk.. teringin mo mkn berkuah sebenarnya tapi memandangkan empunya diri x bole makan mcm2 sbb still berpantang masakkan utk family pun suda cukup bkin ati puas.. sooo today mo masak kuey teow basah & sardine roll utk berbuka..


Kuey Teow Basah

1 Paket Kuey Teow Noodle
Fish Cake &Isi Ayam
Sayur sawi, Carrot & Lada Merah
Bawang Besar, Bawang Putih
Kicap, Sos Tiram, Serbuk Pati Ayam, Garam, Tepung Jagung & Air secukupnya
Minyak Masak & Minyak Bijan

-Tumis Bawang Besar sampai naik bau, masukkan kuey teow,kicap dan minyak bijan. Gaul rata (agak2 minyak bijan n kicap rata d kuey teow) dan turn off gas. Angkat n bubuh dlm mangkuk.
- untuk Kuah : Tumis bawang putih hingga garing, masukkan isi ayam & fish cake. Masukkan sos tiram, serbuk pati ayam & garam. Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih masukkan sayur sawi, carrot & lada merah n last sekali masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tuangkan kuah di atas kuey teow tadi n hidang panas2..



Sardine Roll

1 Tin Kecil Sardin
11 Keping Roti
1 biji telur
1 sudu makan susu pekat
3/4 cawan air
Breadcrumb

-Hancurkan sardin hingga sebati dengan sosnya. Gelekkan roti supaya nipis (kalau x roti patah bila di gulung). Sapukan sardin d atas roti yg sudah nipis dan gulung. Buat sampai roti dan sardin abis.
-Gaul Telur & susu pekat & air sampai sebati. Celupkan roti yg telah di gulung dalam telur dan salut dengan breadcrumb sampai sekata. Goreng dalam minyak panas (make sure minyak panas supaya roti x mengandung minyak) sehingga roti keperangan. Toskan n hidang.

Friday, August 20, 2010

Nasi Goreng Ayam & Ayam Tom Yam Kuning

Seperti biasa berbuka sesimple yang boleh dan elakkan pembaziran..
Hari ni i cook Nasi Goreng Ayam & Ayam Masak Tom Yam Kuning.
Badan lemas ja hari ne biarpun i still blum bole posa tp mgkin disebabkan B.P yg rendah..
Hmmm klu B.P 95/55 tu rendah ka?? ntah la..
Yg penting i managed to cook for my family today.. alhamdulillah..

Nasi Goreng Ayam With Keropok Ikan

Ayam masak tom yam kuning (actually i used instant adabi white tom yam paste tp my ayam mcm pucat semacam so i put some turmeric to enhance the color..
at least beselera skit kna mkn.. :D)

Hahahaha Cucur Cempedak again.. this time i malas mo kuarkan bijik so goreng skali ngn biji okehhh!! selagi stok cempedak lum abis dlm fridge.. slagi itu la cucur cempedak akan ada dlm menu harian.. hahahha

That's All.. Simple n easy!

Our Lily's coming back.. tgh dalam flight skrg ne.. can't wait to pick her jam 8 nanti..
toodlooo...

Thursday, August 19, 2010

When Chicken Starts To Kung Fu

Don't bother about the title.. there's no such thing as chicken can learn kung fu.. it's just a gimmick for the dish i'm cooking for today's iftar.

Kung Po Chicken.
Only that my kung po cooked without dried chillies cause everybody seems don't like it. So i replace the dried with the fresh one..
Got the recipe from Kak Hana.. Really admirer her la... the recipes, the pictures n everything..

My Version Of Kung Po Chicken

Mix Vege
Cucur Cempedak & Seri Muka

And for me....

Alhamdulillah.. Everybody love it!!!

Wednesday, August 18, 2010

Nasi Ayam Simple & Murtabak Instant

Hari ne semangat mo masak Nasi Ayam.. Ala nasi ayam simple-simple jak..
tadi di office blogwalking blog Kak Eliza so amik skit idea nasi ayam beliau.. Tp nasi ayam kak Eliza prepare the proper way, my nasi ayam simple n main campak2 ja.. Tp syukur la semua suka. Amal siap cakap macam nasi ayam kedai.. hehehhe kembang sekejap..


Kebetulan teringat dalam fridge still ada lagi kulit popia yg mumy beli ntah kurun keberapa so buat la murtabak instant guna kulit popiah.. jadik jugak.. 1st time buat ne.. isi cuma sayur kubis, daun bawang n carrot ja.. Ambik resepi dr blog Kak Hana.. cantik sungguh murtabak Kak Hana. Mine x cantik langsung.. takpa lama2 improve la kan..
Dan seperti biasa, my makan malam cuma ini
.
.
.
.

Kebelakangan ne selera x bpa mari la.. mkn pun skadar alas perut..
Tadi timbang lagi pas mkn..
Betul ka scale aku ne? Rosak ka?
56kg
mudah2n betul lah yer!!


Tuesday, August 17, 2010

Genap Seminggu Ramadhan

Ramadhan telah kita lalui genap 7 hari..
Mudah2n Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita semua..
Hari ni aku cuti.. emergency leave.. hihihi..
Bdan x berapa sihat akibat kedatangan tetamu yg membawa bendera merah..
Baring salah duduk salah apatah lagi bediri punnn salah...
Biasa la... perempuan..

Walaubagaimanapun petang tadi ku gagahi jugak utk menyediakan iftar untuk semua.. memandangkan aku x bole puasa, x bole solat soo pahala dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa tidak aku lepaskan..

Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkan: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala orang yang berpuasa itu. Sementara orang yang berpuasa itu tidak pula dikurangkan pahalanya walau sedikit.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1078]

Seperti hari-hari yang lepas kami sekeluarga berbuka ala kadar.. Yang penting tidak membazir.. 7 hari puasa telah berlalu belum ada seorang pun yang menjejak kaki ke
bazaar ramadhan.. Makanan semua disediakan sendiri untuk mengelakkan godaan nafsu ketika jalan-jalan cari makan di bazaar ramadhan..

Allah s.w.t. berfirman: “Wahai anak-anak Adam! …… makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-A’raaf, ayat 31]

Jemu makan nasi setiap hari kali ne aku masakkan Mee Goreng Mamak utk semua.

Chicken Soy Sauce In Claypot

Isi Ikan Panggang Tumis (utk makan dgn tumpi)

Sabahan panggil ne tumpi. Kalau d Semenanjung panggil lempeng x silap.

Kurma Free dari Sultan Brunei
(tiap tahun dapat free kurma dr Brunei, Thanks to family di sana)

Sunday, August 15, 2010

Iftar ber4 Pada 4 Ramadhan

(n3 ini spatutnya aku post semalam.. unluckily my streamyx buat hal lagi until tgahari td.. so...
Ini ialah siaran tertunda okeyyy!!)
Memandangkan hari ini kami cuma iftar @ berbuka @ sungkai (istilah bagi berbuka di Sabah) di rumah berempat sahaja (Me, Mr Hubby, Amal & Daddy) so i cooked as simple as i can and as healthy as well. My mum n Ab1 went to Brunei selepas sahur tadi to buy brg2 for my mum's business n they will be back late tonite sooooo that's mean they'll miss my another trial of kuih tempatan this time... nnnnn Ab1 this time my kuih is perfectly ngam daddy bilang ok!!
One thing lagi... can't wait for my sister to be home... she promise to cook our iftar everyday..
Soooo Lily 20th August is just 4 days left ok... Prepare your book of recipe coz i just lost mine... hehhehe
As i said earlier kami berbuka sederhana n syukur alhamdulillah semua kenyang n satisfied..


Getuk Ubi Kayu Goreng /Cucur Ubi Kayu

Getuk Ubi Kayu Bakar for me!!

Ikan Putih Stim

Ayam Sos HP Bakar

Sayur Taiwan Stim

Selamat Berbuka everybody!!!
(no idea already. bye!)

Tuesday, August 10, 2010

Hadith Fadhilat Solat Terawih??

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sumber : Mufti Negeri Terengganu

Sunday, August 8, 2010

Sabarlah wahai hati


“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]

Saturday, August 7, 2010

Mode : Happy!!!

Alhamdulillah !!!


Tersangatlah happy..

sambil menaip entri ini senyuman panjang ke telinga..
I am 59!!!

Sib baik lantai dkat weight scale tu behabuk klu x konfirm dah ada yg sujud syukur d sana..

Chayo2!
Mudah2n lepas posa ne jarum scale tuju nombor ne
.
.
No yg bawah yek bukan yg atas!

Monday, August 2, 2010

Mereka Yang Terpilih

Hari ini Mdm nak share satu cerita yg Mdm terima melalui email.. Dipesankan agar kisah ini dikhabarkan kepada yang lain.. Dengan itu Mdm pun berpesan-pesan lah.. Tak tau samada kisah ini benar ataupun tidak. Wallahualam. Tapi bagi diri Mdm sendiri, apa yang baik dan selagi tidak bercanggah dgn ajaran agama kita bolehlah dijadikan sebagai pengajaran dan yang sebaliknya itu kita hindarkan (bak kata pepatah lama " masuk telinga kiri keluar telinga kanan").

Yang penting " Tepuk dada tanya iman"

Kisah tersebut berbunyi begini..

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (faridh63@yahoo.com, telemerit@gmail.com)

Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja.

Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawab ini, sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya.

Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya.

Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka.

Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan,

"Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain"

Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur.

Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya.

Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu.

Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustaz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu.

Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian dia memeluk saya, dan berkata,

"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain.

Bacalah...
1) Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta
2) Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad)
keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan.

InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.

Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917

Hmmm.. Kalau korang nak dapat kepastian atau kesahihan cerita bolehlah hubungi no. di atas. Kalau dah hubungi bolehlah share kat sini apa tuan badan kata..

..

Hujung minggu yang sungguh penat...
Macam-macam nak d post n ada byk gambar yg nak d upload.. tp sekarang dah jam 1.04 pagi.. badan dah penat mata da mula ngantuk... Esok kena bangun awal keja..
I HATE MONDAY!!
esok jer lah yek...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
uwargggghhhhhh(mengantuk)
.Selamat Malam!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails