About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Tuesday, October 26, 2010

Eggless caramel puding

(Harap mahap gambar kurang jelas. Almaklumlah menggunakan hp camera cap hayam!)

Bagi yang alergic kpd telur atau x bpa suka ngn bau hanyir puding karamel yang biasa menggunakan telur bole la mencuba resipi ne.. mudah dan ringkas. x perlu kukus.

Bahan-Bahannya:-

Utk Karamel:
2 sudu besar gula
1/2 mug air

Utk Puding :
1 paket serbuk agar-agar putih
500ml air
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila


Cara-Caranya:-

1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan 2 sudu besar gula


2. Bila gula mula cair dan berubah warna menjadi perang
masukkan 1/2 mug air perlahan-lahan (akan ada letupan sedikit okey soo becareful, better masukkan dua tiga sudu air then kacau rata then masukkan baki air)



3. Kacau sebati sehingga tiada lagi ketulan gula. Matikan api.

4. Masukkan karamel ke dalam loyang dan biarkan sejuk.


5. Ini bahan asas puding. Tepung kastard, serbuk agar-agar dan susu cair.

6. Masukkan 2 sudu besar tepung kastard ke dalam gelas.


7. Masukkan 1 tin susu cair ke dalam tepung kastard tadi.
Kacau menggunakan garfu agar tidak bergentel.


8. Masakkan 500ml air, 1 peket serbuk agar-agar dan 2 sudu besar gula hingga mendidih dan masukkan bancuhan kastard tadi ke dalam adunan agar-agar yang mendidih. Perlahankan api.


9. Kacau adunan hingga masak dan agak-agak nak mendidih matikan api.


10. Tuang adunan ke dalam loyang yang berisi karamel.


11. Sejukkan puding dan apabila sejuk masukkan ke dalam fridge. Bila sejuk bolehlah hidang..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails