About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Monday, March 29, 2010

Allah Knows


When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Forgive me when i whine




Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Sunday, March 28, 2010

TOOTHACHE

gigi aku sakit since friday..

friday lom truk lagi..

skali saturday start sda bengkak.. sampai aku x dapat attend majlis tilawah d opis.. mcmn mo p nnt d cakap org halimah jongang.. huhuuhu
skrg becakap pun x betul.. mulut pun susa mo tutup.. sakitnya Allah jak yg tahu.... btul2 sda cam halimah jongang ne kali.. x sabar mo p dentist esok..




mudah2n x kna cabut.. gigi depan lagi ne.. sia2 aku rumpang..

mudah2n masi ble matikan akar n buat rawatan akar.. biarla next 3 years gigi aku betukar warna yg penting x kna cabut...

hmmmm mcmnala klu kna cabut? rumpang la aku ne..




issshhh nauzubillahiminzalik..

Friday, March 26, 2010

Kisah Pak Abu Jumpa Doktor

"Apa pekerjaan anda?" Tanya doktor.
"Saya seorang petani aje tuan doktor" Jawab Pak Abu.

"Pak Abu ada anak? Tanya doktor lagi.
"Tuhan banyak menduga saya tuan.. daripada 12 yang lahir, 5 meninggal tinggal 7.. satu aje pulak lelaki tuan" Jawab Pak Abu.

"Isteri Pak Abu kerje ker??"
"Taaaaakkk... dia duduk rumah aje tuan"

"ooohhh okay.. macamana isteri Pak Abu menghabiskan masa di rumah??"
"Biasanya dia bangun tidur jam 4pagi, turun ke bawah ambil air di perigi, cari kayu api, nyalakan api dapur nak buat sarapan kami sekeluarga.. lepas tu dia bersihkan rumah luar dalam. Dia pergi ke sungai lepas subuh.. nak cuci baju. Seminggu sekali dia akan berjalan ke kilang padi yang tak berapa jauh dari rumah saya untuk bawa dan jual hasil padi. Lepas tu dia akan ke pekan dengan 2 orang anak saya yang paling kecil.. dia menjual sayuran yang ditanamnya di tepi jalan besar pekan.. sambil dia buat kerja mengait.. selesai menjual dia akan beli keperluan dapur di kedai.. balik rumah dia akan masak untuk makan tengahari"

"Pak Abu balik rumah untuk makan tengahari?"
"Tidak.. isteri saya akan bawakan makanan untuk saya.. takkan saya nak ulang alik lebih kurang satu kilometer tuan.."

"Lepas tu?"
"Sementara saya makan dia ambil alih kerja-kerja yang saya buat dari awal pagi.. bila ari dah petang dia akan ke ladang sayur kat belakang rumah kami tuan"

"Pak Abu pulak buat apa?"
"Saya selalu pergi kedai kopi untk bincang soal perniagaan lain dengan akwan-kawan saya tuan.. maklumlah nak cari sumber pendapatan lebih.. mana cukup dengan swawah padi aje"

"oooo Pak Abu ada buat benda lain selain bersawah lah yer"
"setakat ini belum ada lagi tuan, mudah-mudahan nanti ada lah yer"

"ok.. lepas tu"
"Lepas tu tuan saya biasanya balik lewat malam tuan.. saya jarang makan malam dengan keluarga tapiii saya selalu minum malam yang disediakan oleh isteri saya"

"Isteri Pak Abu lepas dah hidangkan minum malam tu teman Pak Abu minum lagi kerterus tido?"
"Takkk tuan.. Dia selalu lepas dah hidang mnuman saya terus sambung kerja rumah.. menggosok.. lap lantai.. menjahit.. kerja kait yang dia buat untuk orang beli tu.. kadang sampai lewat malam jugak..."

"Tapi saya ingat Pak Abu kata tadi isteri Pak Abu tak keja"
"Iyelah tuan.. betulla dia tak kerja.. Kan saya cakap dia tinggal kat rumah aje.. suri rumah"

Wednesday, March 24, 2010

Mau rasa apa yg aku rasa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






























hehehhe jgn mara a.. sakit kan mata?...


A.D.A.T

Orang Melayu (termasuklah sabahan, sarawakian & semenanjung yg muslim) xpala klu kmu x mau jg senang crita Orang Kita kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang kita tentang adat istiadat mereka.

Persoalannya golongan manakah yang
mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan ada sesetengah adat itu melibatkan perkara khurafat dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat kita?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang kita itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu. (memanglah kita ble cakap begantung pada niat bah.. niat kita bukan mo begitu begini kita niat utk yg baik2 belaka.. tp kita mesti ingat benda khurafat tidak boleh kita perlekehkan n perkara yg khurafat tidak boleh kita eksploitasi dgn perkataan niat)

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat kita antara contohnya ialah apabila ada
majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu
kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.
* kalau mau jugak buat mungkin ble buat majlis tertutup utk sesi bergambar pengantin dan keluarga pengantin.. x perlu mo majlis bersanding sampai mo tukar baju sampai 10 pasang dan setiap baju diperagakan sampai bejam2 d pelamin then tukar lagi baju then duduk lagi then tukar lagi then blablabla..
(ampunkan hamba Mu ini Ya Allah kerana jahil dan telah melakukan dosa dengan mengadakan majlis persandingan tempoh hari.. huhuhuhu.. berkatilah hubungan yang telah kami bina dan jgn lah Kau hukum kami dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kami.. sesungguhnya hambaMu ini amat menyesali perbuatan lalu)

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri 3 hari kenduri 7, kenduri 40 dan kenduri 100 hari.
* tidakkah itu satu benda yang membebankan kepada keluarga simati, perlu berhabis duit utk membuat kenduri sbb itu satu adat dan takut dicemuh oleh org2 kampung.. semuanya tu ikut kemampuan.. kalau mampu ble la buat kenduri utuk mendoakan simati tapi jgn la sampai membazir dan menyusahkan. x ka susa kalu yg meninggal itu si ayah yang meninggalkan isteri yg cuma suri rumah dan punya anak2 kecil yag pada belakang hari perlu disara.. ksiankan..

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Kita dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.
( so not relevan nowadays.. kita kan suda maju.. sda byk org yg berilmu.. xka kita perlu belajar dan bertanya kepada mereka yg ble membetulkan kita.. knapa perlu mengamalkan bnda2 yg kita tahu syirik n khurafat pada permulaan hingga kehujungnya)

Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini
bergantung kepada bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat
istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang
kita sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk
mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

*teringat dulu2 adat menanam garam n halia yg telah dijampi di kawasan rumah yang baru dibina.. kononnya utk menjaga rumah. astaghfirullahalazim.. siapa yg menjaga rumah? dan kepada siapa kita memohon utk rumah itu dijaga? kan lebih baik daripada menanam garam dan halia(lainlah klu tanam halia, serai, lengkuas utk masakan) yg telah dijampi bagus lagi diazankan rumah disetiap penjuru.. ada lagi hikmahnya..

b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal
tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa
belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
*teringat dulu sewaktu baru membeli kereta, arwah nenek kata "bawa mulih ke kg kerita baru mu atu, kan dikelambigi dulu ya supaya inda eksiden" translationnya " bawa balik kg kereta baru tu untuk ditepungtawar supaya mengelakkan daripada kena bencana" oleh sebab aku seorang yg degil n tidak pecaya kepada bnda tu aku cuma abaikan pesan nenek.. alhamdulillah selama 4 tahun kereta tu belum pernah melanggar org cuma pernah dilanggar sekali oleh kereta lain yg pemandunya dibawah pengaruh alkohol itupun tidak lah teruk. mudah2an Allah terus melindungi kami.

c. Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :-

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut

ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.


e. Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.


f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.

Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai
tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan
upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang.

Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Bomoh tersebut akan mengasapkan kemian
di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

h. Membuang Air Kecil/Besar

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua
kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik
tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.

Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang kita, yang menyangkakan sebahagian daripada adat yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya
adat istiadat dan budaya tersebut terang-terang bertentangan dengan
Islam. Contoh Peralatan dalam pemujaan jin Yang biasa dilakukan oleh Bomoh, Pawang dan seumpamanya.

Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah
seperti berikut :-

a. Puja Kubur.

Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang kita yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.

Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya
adalah untuk " jamu " Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan mereka.

b. Keris, Kemenyan dan Limau.

Keris sering dikaitkan dengan latihan
pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran. Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik. Keris tersebut perlu dimandikan
dengan limau dan di asapkan dengan kemenyan serta di balut dengan kain
kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan
keris ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera
dan jampi-jampi tertentu.

Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris
tersebut, supaya penjaga (saka) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut tidak mempunyai apa-
apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut.

c. Ancak.

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada
juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi
dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-
Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

d. Sanggu

Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.

Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap
ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.

Perkakas dan alat "jamu" yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

e. Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat
tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di
proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih
sebagai "jamu" bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya
atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.

Kemenyan diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak
tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan
diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan
sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula
maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

f. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.

Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa
bagi satu puak di Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada
tanduk kerbau itu apabila di puja dan di sembah. (sebenarnya adalah kuasa Jin )

Pemujaan tanduk kerbau sering di aitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas tanduk kerbau ini di gunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau " jamu" kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung
tersebut atau anak cucu orang yang berkenaan.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya
dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Pawang atau Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.

Keselamatan, kesihatan dan rezeki manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

sumber drpd : Syifa Al-Hidayah

Sunday, March 21, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails