About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Showing posts with label Pesan Berpesan. Show all posts
Showing posts with label Pesan Berpesan. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Ya Bunayya



" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi".

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


Surah Luqman

Friday, August 27, 2010

Sebagai Peringatan Kepada Semua


Wallahualam..
Hanya Allah yang lebih mengetahui namun tidak salah jika Mdm.Tale nak berkongsi dengan semua sebagai peringatan bahawa kita adalah umat akhir zaman..

15hb Ogos 2012 (bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat), tarikh malapetaka dunia paling bersejarah.

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadandi bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui..

Cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Tuesday, August 10, 2010

Hadith Fadhilat Solat Terawih??

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sumber : Mufti Negeri Terengganu

Tuesday, July 27, 2010

Tulusnya kasihmu...


Utk Renungan Bersama...

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" "Umatku, umatku, umatku"

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Amin....

Friday, July 16, 2010

Qiblat

Just read this email n the sender pesan untuk dihebah2kan perkara bermanfaat ini..



Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara
syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti
memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala
tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini
dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat
ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan
menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat.

SubhanALLAH…


Bilakah Istiwa A’zam berlaku?Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
* 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
* 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?


Sebelum

* Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai
yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya
dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen
atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat
hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang
betul.
* Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.* Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang
rata.
* Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat
dengan terang dan jelas.
* Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat
tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
* Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
* Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan
tersebut.
* Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.
* Tandakan arah qiblat.



Selepas.

* Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
* Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang
untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
* Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk
ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu
mengambil manfaat.

Sebarkan, insyaALLAH…

Thursday, June 17, 2010

Health Tips With Mdm. Tale

We always forgot or we don't even know that small things can affect our health..

Sooo bloggers..

Today i want to share tips that been shared to me.. Simple things to maintain our health..
(saper dia ne?? doktor ker?? hahaah i'm not a doctor okey! being a doctor used to be my childhood dream.. Tp x semestinya jadi doktor baru ble sharing tips on maintaining health.. Again... sharing is caring kan?kan?)


These are Very Important Tips in maintaining our health..



Answer the phone by LEFT ear.

When you try to call through mobile phone, do not put your mobile closer to your ears until the recipient answers.The reason is directly after dialing, the mobile phone would use it's maximum signaling power, which is:2watts = 33dbi!!!! . So Please be careful.Please use LEFT EAR while using cell phone and save your brain,because if you use the RIGHT EAR it will affect brain directly.



Do not drink coffee TWICE a day.
Drinking coffee once a day is enough in keeping the benefits of it. When it's taken twice the benefits turns upside. Chances of getting headache, higher cholesterol and disrupt in sleeping pattern might be occur.




Do not take pills with COLD water.
The basic principle of the stomach is to digestion is related to the hot temperature, if your body and stomach is having sufficient temperature not only you pills or medicines but your food is also benefited to you it digested very easily.




Do not have HUGE meal after 6pm.
If your trying to lose weight one of the first things you need to do is stop eating after 6:00 pm. Eating late at night does not give your body time to burn it off before you go to sleep. The majority of us will have a difficult time trying not to eat after 6:00 pm. More because were used to doing it. Completely out of habit though. A habit that is going to have to change!




Drink more WATER in the morning, less at night.
Because it will disturb your digestive system, since you don't workout in the night, and all you do is sleep. Whilst in day time, many of us are a bit more active than in night, at least most of us don't sleep in day time!




Best sleeping time is from 10p.m. at night to 6a.m. in the morning.
Normally body need 8 hours of good sleep. It’s crucial to have not only the right amount of sleep, but to also sleep at the right time. You can get a full 8 hours of sleep but if you went to bed at 2am and woke up at 10am, but you still will not be in tip top shape. Definitely not compared to if you slept at 10pm and woke up at 6am. Try to change your sleeping pattern. Sleep at 10pm and u'll be awake at 6am. Having a quality sleep time would wake you up on your own. You will not need an alarm clock anymore :) Waking up when you want to wake up and not because you have to is a great feeling! To do that, you need to sleep at the right time.




Do not lie down immediately after taking MEDICINE before sleeping.
You don't want your pills get stuck on your esophagus right?
Incident: One day a guy took some antibiotics and go straight to bed for a sleep. Suddenly he was awake n feel heartburn on the chest. Actually the pill was lodged on the food tract and caused an inflammation. For six days he could only take cold milk and water-soluble food and was hospitalized for five days. The Doctor warned that should it get any worse, an ulcer in the intestine may result. So please exercise caution. When taking medicine in pill or capsule form, drink plenty of water and wait for 30 minutes so that medicine can be flush straight down to the stomach. Or just avoid taking pills 30 minutes before going to bed.



Do not use hand phone when the battery is down to the LAST bar.
When hand phone's battery is on it's lowest or last bar, it produce 1000 times radiation. So stop talking while hearing any sounds from your hand phone that try to tell you that your battery is low.


Get it?? Till now..

Pushpawati Ramlu melaporkan bagi taleofalittlebiggirl.blogspot.com.

Wednesday, June 16, 2010

Wahai Suami Ku Jadilah Seperti Rasulullah

Bukan tidak mensyukuri keperibadian sang suami. Aku cukup bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa ingin memperbaiki dirinya dan tidak jemu membimbing aku dalam pelbagai aspek bukan sahaja lahiriah tapi juga rohaniah . Sekadar ingin berkongsi ilmu yang dibaca dan dalam masa yang sama mengharapkan sang suami, adik2 lelaki ku, ayah ku dan semua lelaki di luar sana mengambil iktibar dari Kisah Rasulullah ini. Sama-sama lah kita renung-renungkan..

Rasulullah kalau ada pakaian yang koyak,
beliau
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

Rasulullah setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah,
beliau selalu membantu
ku dalam urusan rumahtangga.


Rasulullah jika mendengar azan,
beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.


Rasulullah pernah pulang pada waktu pagi.
Baginda terasa amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan.
Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?'
(Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti
'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
'Belum
ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.'
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.



Rasulullah pernah sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga,
jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'


Rasulullah pernah bersabda,
'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.'
Prihatin,
sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga
langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas...

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?'
'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'


Rasulullah pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


Rasulullah hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Rasulullah kecintaannya tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.



Rasulullah tidak menjadikan anugerah kemuliaan dari ALLAH
sebagai sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,
ketika
di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


Rasulullah dijanjikan oleh Allah,
pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda,
namun baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


Rasulullah fizikalnya kadang sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN HANYA DENGAN SEPOTONG AYAT..'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails