About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Apam Beras

Assalammualaikum & Gud morning everybody...

hari ne mo attach resepi yg di cuba n menjadik.. dah 2 kali try resepi lain2. so i just attach yg menjadi lah yer.. TQ to Kak Yatie for sharing the recipe..

Nak Resepi?

Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar ( i guna gula pasir jer)
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Bolehlah hidang..
Cantik n gebus kan??(syok sendiri pulak!!)

Tuesday, November 16, 2010

Garlic Fish Utk Malam Takbir

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dengan Ingatan Tuls Ikhlas daripada :-

* to my dearest sister yg berada diperantauan...
Take a very gud care of urself sana.. post out la entry d blog dgn gambar yg byk sebagai pengubat rindu kami di sini... kami mo balik kg suda ne..

Sebelum balik kampung sempat masak dulu utk dinner..
Masak simple2 ja..

Ikan Masak Bawang Putih

1. Ikan tenggiri slice nipis dan goreng dengan tepung jagung supaya crispy
2. Tumis 1 labu bawang putih cincang hingga perang, masukkan sos tiram, sedikit kicap,garam & gula. Tumis hingga mendidih.
3. Masukkan tepung jagung yag sudah dicairkan untuk memekatkan kuah.
4. Matikan api dan gaulkan ikan.
5. Hidang.. Simple kan?!

Saturday, November 13, 2010

Pudding again

* Lily this recipe goes for u.. easy peasy jak ne!! buat la di sana..
* nnt komie ksi tgok mumy n dady ur love letter k.. n nnt kami reply!! tunggu!!!!
Betul2 hawww lioowww ooo!!!
Skrg ne mcm addicted sgt ngn pudding..
last time addicted to japanese food n bentou sampai sanggup beli mould sushi, bekas bekal cantik segala..
pastu addicted pla dgn frozen food.. buat popiah frozen, nugget ayam frozen, waffle frozen..
n sekarang
.
.
.
.
.
.
.
.
pudding pulak!!

Cocoa Pudding
Bahan2:-
[A]
1 peket serbuk agar2
2 1/2 sudu besar gula
500ml air
* masak hingga mendidih dan kecilkan api.
[B]
3 sudu makan kastard
1 tin susu cair
3 sudu makan milo / 3 sudu teh koko (cairkan dgn sdikit air panas)
*kacau sebati agar tidek bergentel dan masukkan dalam [A]
= Satukan A & B kacau hingga pekat atas api sederhana. Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Friday, November 5, 2010

My Version of Lasagna


"Sekali lagi .. utk makluman ini entri tertangguh ya!"

Byk sungguh draft posting... xpa la ku gagahi utk siapkan entri ini juga..

My adik Amal balik2 cakap mo makan lasagna.. so utk x menghampakannya i pun buat la my version of lasagna.. Men campak2 saja okeyy.. tp syukur semua org puji sedap.. Lemak berkrim, & inti pun padat.. Mau x padat.. utk dimakan bersama family terchenta!

kalau beniaga alamat bankrap la aku..

Sebelum di bakar



Setelah dibakar




Layer lasagna x kelihatan disebabkan dipenuhi isi pelbagai yg padat


Mdm.Tale Version of Lasagna


8 keping pasta lasagna (rendam dgn air suam)

6 keping cheese keping (suppost guna mozzarella cheese utk dapatkan efek berpintal.. sbbkan xda cheese biasa pon bole la!!)


Sos putih :
2 sudu besar butter

2 sudu besar tepung

500ml susu segar

sedikit garam, gula, blackpepper

= Panaskan butter hingga cair, masukkan tepung, susu dan perasa.. klkacau hingga pekat.


Inti :
1biji bawang besar hiris halus

5 batang sausages hiris halus

5 batang crab filament hiris halus

6 biji fishball hiris halus

1/2 tin kacang peas

1/2 tin button mushroom hiris halus

sos cili, sos tomato, garam, gula

= tumiskan bahan diatas sehingga masak.


* Layerkan lasagna. Dimulakan dengan kepingan lasagna, inti dan sos putih (caserol pyrex mey dapat 3 set layer). Atas sekali bubuh cheese. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selam 30 minit.



Untuk makluman lasagna ne bukn utk lunch atau dinner ok tp utk breakfast...

wakakakka


utk our lunch.. kitorg had something special...

xla special sgt tp special la utk kami

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


.

.

.

.

.


.

.

.

.

.


.

.

.

.


.

.

.

.

Tadaaaaaa!!!!


AMBUYAT

(specialnya kerana arwah nenek [mamatua] slalu bawa kami mkn ambuyat ramai2 bila balik kg.. rasanya setelah pemergian mamatua ne la 1st time aku mkn ambuyat balik)

Ambuyat tu apa???

"Ambuyat is a Bruneian dish derived from the interior trunk of the sago palm. It is a starchy bland substance, similar to tapioca starch.
Ambuyat is eaten with a bamboo fork called a chandas, by rolling the starch around the prongs and then dipping it into a sour fruit sauce" sumber wikipedia
Belum berapa pass lagi ne 'menumpah'(mengadun) ambuyat


Kali ne makan dengan ikan bakar dan ikan goreng



xda kuah ikan rebus, kuah kari & sup ayam pun jadi la..



Ini gulungan amatur.. kecik2 jak.. kalau yg pro gulungan mcm microphone sda..

Teringat pula ngn restoran di Brunei yg menyajikan ambuyat sebagai hidangan.. Cicahnya sungguh sedap.. Nnt klu ke Brunei mo p sana lagi la.. X silap nama restoran tu Restoran Aminah Arif..

Tuesday, October 26, 2010

Eggless caramel puding

(Harap mahap gambar kurang jelas. Almaklumlah menggunakan hp camera cap hayam!)

Bagi yang alergic kpd telur atau x bpa suka ngn bau hanyir puding karamel yang biasa menggunakan telur bole la mencuba resipi ne.. mudah dan ringkas. x perlu kukus.

Bahan-Bahannya:-

Utk Karamel:
2 sudu besar gula
1/2 mug air

Utk Puding :
1 paket serbuk agar-agar putih
500ml air
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila


Cara-Caranya:-

1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan 2 sudu besar gula


2. Bila gula mula cair dan berubah warna menjadi perang
masukkan 1/2 mug air perlahan-lahan (akan ada letupan sedikit okey soo becareful, better masukkan dua tiga sudu air then kacau rata then masukkan baki air)



3. Kacau sebati sehingga tiada lagi ketulan gula. Matikan api.

4. Masukkan karamel ke dalam loyang dan biarkan sejuk.


5. Ini bahan asas puding. Tepung kastard, serbuk agar-agar dan susu cair.

6. Masukkan 2 sudu besar tepung kastard ke dalam gelas.


7. Masukkan 1 tin susu cair ke dalam tepung kastard tadi.
Kacau menggunakan garfu agar tidak bergentel.


8. Masakkan 500ml air, 1 peket serbuk agar-agar dan 2 sudu besar gula hingga mendidih dan masukkan bancuhan kastard tadi ke dalam adunan agar-agar yang mendidih. Perlahankan api.


9. Kacau adunan hingga masak dan agak-agak nak mendidih matikan api.


10. Tuang adunan ke dalam loyang yang berisi karamel.


11. Sejukkan puding dan apabila sejuk masukkan ke dalam fridge. Bila sejuk bolehlah hidang..


Monday, September 6, 2010

2 Days Before Syawal

Syawal is coming...
x lama lagi me n Mr.Hubby berangkat balik ke Sandakan.. Since this is my 1st time celebrating Eid far away from my family... sedih pulak.. tambahan pula lily akan fly ke Cairo on the 14th n we we'll be back from Sandakan on the 13th.. cuma ada setengah hari utk spend time together.. huhuhu sedih...
Hari ne utk iftar i cooked Nasi Briyani with Ayam Goreng Tepung simple2.. Kononnya mo ajar c lily mcmn mo masak briyani supaya nnt dia smpai d egypt x la dia ketandusan ilmu utk memasak.. My Briyani ne sgt la simple (padahal briyani emergency a.k.a x cukup bahan).

Bahan-Bahan utk ayam goreng:-
Ayam yang telah dipotong secukupnya
Air utk merebus ayam
Sebiji bawang besar dihiris halus
1 batang serai & 3 inci halia diketuk
2 batang Kayu manis, 7 biji cengkih, 3biji bunga lawang, 7 biji buah pelaga

-Rebus ayam bersama bahan-bahan di atas hingga empuk dan dalam masa yg sama stok ayam dapat dihasilkan. Setelah ayam empuk toskan ayam.
- Campur ayam + tepung ayam goreng adabi = goreng hingga kekuningan.

Bahan-Bahan utk nasi briyani:-
4 pot kecik beras basmathi (kalau xda beras wangi pun ok) yang telah dicuci bersih - Cukup utk my family yg ada 6 org
3 pot(pot yg sama dgn ukuran beras tadi) air rebusan ayam
1 pot susu cair
4 sudu makan serbuk briyani adabi (cairkan bersama air rebusan)
ghee/minyak sapi 2 sudu makan (butter pun boleh)
2 batang kayu manis, 4 biji cengkih, 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 7biji lada hitam
1 biji bawang besar dihiris halus, 3 inci halia diketuk
garam secukup rasa, sedikit pewarna merah dan hijau
2 sudu teh rose water / 4 helai daun pandan

-Panaskan ghee/butter hingga cair + rempah biji + bawang besar + halia = keluar bau.
- Masukkan serbuk briyani dan tumis hingga keluar minyak + 3 pot rebusan ayam = kacau sebati dan turn off gas.
- Masukkan rempah yang telah ditumis ke dalam rice cooker + beras yang telah dicuci + 1 pot susu cair + garam= kacau sebati + rose water (kalau xda ble ganti dn daun pandan). On rice cooker dan biarkan hingga masak.
-Setelah nasi masak titikkan sedikit pewarna merah dan kacau dan titikkan pula pewarna hijau dan kacau lagi.. Nasi Briyani bolehlah dihidang...


Tuesday, August 24, 2010

Iftar Ke-14 : Kuey Teow Basah & Sardine Roll

Hari ni macam malas mo masak nasi berlauk.. teringin mo mkn berkuah sebenarnya tapi memandangkan empunya diri x bole makan mcm2 sbb still berpantang masakkan utk family pun suda cukup bkin ati puas.. sooo today mo masak kuey teow basah & sardine roll utk berbuka..


Kuey Teow Basah

1 Paket Kuey Teow Noodle
Fish Cake &Isi Ayam
Sayur sawi, Carrot & Lada Merah
Bawang Besar, Bawang Putih
Kicap, Sos Tiram, Serbuk Pati Ayam, Garam, Tepung Jagung & Air secukupnya
Minyak Masak & Minyak Bijan

-Tumis Bawang Besar sampai naik bau, masukkan kuey teow,kicap dan minyak bijan. Gaul rata (agak2 minyak bijan n kicap rata d kuey teow) dan turn off gas. Angkat n bubuh dlm mangkuk.
- untuk Kuah : Tumis bawang putih hingga garing, masukkan isi ayam & fish cake. Masukkan sos tiram, serbuk pati ayam & garam. Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih masukkan sayur sawi, carrot & lada merah n last sekali masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tuangkan kuah di atas kuey teow tadi n hidang panas2..



Sardine Roll

1 Tin Kecil Sardin
11 Keping Roti
1 biji telur
1 sudu makan susu pekat
3/4 cawan air
Breadcrumb

-Hancurkan sardin hingga sebati dengan sosnya. Gelekkan roti supaya nipis (kalau x roti patah bila di gulung). Sapukan sardin d atas roti yg sudah nipis dan gulung. Buat sampai roti dan sardin abis.
-Gaul Telur & susu pekat & air sampai sebati. Celupkan roti yg telah di gulung dalam telur dan salut dengan breadcrumb sampai sekata. Goreng dalam minyak panas (make sure minyak panas supaya roti x mengandung minyak) sehingga roti keperangan. Toskan n hidang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails