About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Tuesday, February 23, 2010

Inalillahi wa inailaihi rojiun..

Sedih aku bila terima berita bapa seorang officemate ku yang baru sahaja kembali ke rahmatullah..

Inalillahi wa inailahirojiunn.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Al-Fatihah..

Lebih menyedihkan lagi bila ada sesetengah hamba Allah yang mungkin lupa bahwa jika ada 2 perkara dikabarkan kepada mu, satu undangan menghadiri majlis kesyukuran tidak kisahla samada majlis perkahwinan ataupun kenduri kesyukuran dan satu lagi kabar kematian saudara muslimin yang dikenali.. maka pilihlah menziarahi kematian.. kerana itu yang perlu didahulukan.. malangnya dia bergegas menghadiri majlis jamuan dan membiarkan hamba Allah yang lain tertunggu-tunggu pengesahan daripadanya.. hmmm... nauzubillahiminzalik..

"Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah aku rahmat Mu berikan la aku syafaatMu.. Peringatkan lah aku disaat aku lupa, sedarkanlah aku disaat aku leka.. Amin Ya Rabbal Alamin"

mari kita share ni :-

Di antara adab-adab ketika kita pergi menziarahi orang meninggal ialah:

1. Berbicara dengan baik. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila kamu datang mengunjungi orang yang sakit atau orang mati, hendaklah kamu berbicara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."
Namun, ramai orang sekarang apabila berada di rumah orang mati, mereka suka berbicara perkara-perkara yang menyentuh peribadi orang yang mati tersebut. Seperti menceritakan perilaku tidak elok orang yang mati itu ketika dia masih hidup. Sebenarnya perihal semasa dia hidup tidak perlu lagi dibicarakan kecuali pada perkara-perkara yang baik sahaja untuk dijadikan teladan kepada yang masih hidup.

2. Berdoa yang baik-baik. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berdoa kecuali dengan doa yang baik sahaja."Kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kita ucapkan ketika itu. Para ulama menganjurkan sunat menghadiri orang yang kematian bagi orang soleh dan ahli ilmu, supaya mereka dapat memberikan nasihat atau memperingati orang yang akan meninggal itu dengan taubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah serta mendoakan untuk yang akan meninggal sehingga orang lain dibelakangnya boleh mengambil manfaat atas peristiwa tersebut.

3. Tutuplah mata si mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Syaddad bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bila kamu menghadiri orang yang meninggal dunia di antara kamu, maka tutuplah akan matanya, kerana sesungguhnya pandangan mata itu mengikuti roh (yang keluar) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik, kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."

4. Ucapkan "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin". Ummu Salamah ra.'anha berkata: "Bila kamu datang mengunjungi orang yang sedang sakarat, hendaklah kamu ucapkan: "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin."

5. Ucapkan "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah". Bakr bin Abdullah Al-Mazanniy At-Tabi'ie ra. berkata: "Bila kamu menutup mata mayat maka ucapkanlah "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah." Kemudian Sofwan yang kebetulan hadir membaca ayat "wal mala-ikatu yusabbihuuna bihamdi rabbihim" (dan Malaikat selalu bertasbih memuji Tuhan mereka). Sementara itu ada yang pernah mendengar Aba Maisarah Az-Zahidiy berkata: "Pada waktu Ja'far Al-Mu'allim, pada saat beliau dalam keadaan menghadapi kematian, mata beliau kututup. Beliau pun meninggal. Dalam mimpiku aku melihat Ja'far Al-Mu'allim datang kepadaku dan berkata: "Aku berterima kasih kepadamu yang telah menutupkan mataku sebelum aku meninggal dunia."

Wallahu Subhanahu wa Taala a'lam


Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke Kubur."
(Riwayat Bukhari)


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Click Link ini sebagai salah satu cara menambah ilmu berkenaan dengan kematian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails