About Me

My photo
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia Perlukan maklumat lanjut? Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan sms/whatsapp saya di talian 0168369414 atau emel mey.pulse@yahoo.com

I caught this as interesting..

Monday, June 7, 2010

Labuan Si Pulau Mutiara Day 2 Part1


30/05/2010
Pagi - Tengahari : Muzium Chimney & Taman Burung

Hari kedua berada di Labuan.. Semalam kami meeting.. Mewujudkan Committee untuk menguruskan perjalanan, kewangan, makanan dan sebagainya. Memandangkan my hubby pernah bermastautin sementara di Labuan so dia ditugaskan utk merancang perjalanan kami di Labuan.

Selepas breakfast n bersiap kami akan ke Muzium Chimney. Muzium ini terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney’ dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney’ dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney’ masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney’. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney’ telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat. Untuk melawat ke Muzium Chimney ini tidak dikenakan sebarang Fee just isi buku pelawat sahaja.

pemandangan subuh dari balcony apartment kami

Having breakfast sebelum memulakan penjelajahan

Kanak2 breakfast d living room sj k.. x muat dining table kita tu..



Perbarisan Ibu2 Bapa2 Anak2 Ribena


This is the Chimney Museum


Way up to the chimney

Group Pic #1


Group Pic #2


-us-


Setelah penat meronda n posing2 di muzium chimney kami gerak ke Taman Burung pula.. Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:

•Dewasa - RM 3
•Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
•Pelajar/Warga Emas - RM 2
•Pelancong - RM 5

Cuaca panas yang sungguh terik..

sang tiung yang pandai bercakap..


Family Picture at Taman Burung
Memandangkan jam telah menunjukkan masa untuk makan tengahari kemi beredar semula ke apartment untuk makan tengahari... Sebelah petang ada lagi agenda lawatan yang telah di atur iaitu Muzium Marin dan Muzium Labuan..
(will be update at Labuan Si Pulau Mutiara Day 2 Part 2)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails