Rico kini semakin dewasa.
Siapa Rico? Dia kesayanganku. Boleh tengok di sidebar. Gambarnya ada di sana. Atau klik sini.
Aku gembira bila dia aktif dan sentiasa bergerak lincah. Umur Rico kini sudah hampir 1 tahun 3 bulan.. Kalau dalam tahun manusia Rico sekarang ini berusia lebih kurang 19 tahun.. Macamana mo kira?
1 tahun kucing = 15 tahun manusia
2 tahun kucing = 24 tahun manusia (tahun ke2 + 9 tahun )
3 tahun kucing = 28 tahun manusia (tahun ke3 +4 tahun; dan tahun berikutnya)
4 tahun kucing = 32 tahun manusia
kalau x faham sila rujuk website ini.
Bujang suda anak ibu. Patutla aktif sangat lari ke sana ke mari.. Bila masuk ke bilik tidur ku pasti dia akan melompat atau mnta di angkat ke tepi tingkap. Pantang nampak burung pipit yang hinggap ditepi atap dia pasti berlari ke sana ke mari kononnya mau mengejar burung2 itu. Dalam usia begini Rico terkecuali daripada desakan hormon 'kebujangan'nya kerana Rico telah di neuter (neuter=kembiri. Kembiri tu apa? Pembuangan Testis). Dengan itu Rico lebih happy tanpa gangguan masalah 'on heat' seperti rakan sebayanya yang lain. Dosa? Jangan risau, JAKIM telah mengeluarkan fatwa pada Julai 2002
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
Dalam keaktifannya Rico juga bertambah manja. (sekarang ini dia tgh baring di riba sambil tengok aku menekan keyboard dan sekali sekala melihat paparan screen.. heheheh faham ka Rico apa yg ibu tulis ne?. Bila diangkat dan diletakkan ditepi dia datang semula ke posisi sama yang mungkin baginya selesa.) Bila aku tundukkan muka ke hadapan mukanya dia akan terus mengenakan hidungnya pada hidungku. Mungkin sebagai tanda sayang.
Rico juga kucing yang pintar. Mungkin sudah terbiasa bila aku panggil namanya dia akan ikut aku ke mana sahaja. Kadang-kadang aku rasa dia faham apa yang aku cakapkan pada nya.
Kalaulah satu hari nanti Mr. hubby kata hendak belikan aku American Short Hair kaler grey belang itam yang dijual di Pennicle dengan harga RM2800/- yang sememangnya idamanku dari dulu (eh eh panjang pulak definisi) dengan syarat Rico ku berikan kepada orang lain atau buang sahaja di kedai-kedai makan berhampiran (kononnya kalau buang berhampiran kedai makan kucing x kan kebulur=seperti fahaman org yg selalu buang kucing). Jangan harap! Ambik duit tu balik simpan dalam bank atau ayah belanja la suka hati nak beli apa pon.. yang penting jgn sentuh atau jentik sikitpun Rico si kesayangan ibu. Eseseh angan2. Mustahil Mr. Hubby buat begitu bab Rico ne asalnya Mr. Hubby yang punya. Kutip kat tepi jalan sebab Rico pada masa itu hampir-hampir masuk dalam longkang. Masa tu rico berumur hampir 2 bulan, mata penuh dgn tahi mata (1 mata Rico alami kecacatan sehingga hari ini), perut boncit penuh cacing walhal bdan kurus kering. Mr.Hubby kutip, kasik mandi, kasik makan,bawa p klinik then after kitorg kawin kami jaga Rico sehingga sekarang. Lihatlah Rico sekarang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
No comments:
Post a Comment